BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Semangat baru !

I made this widget at MyFlashFetish.com.

syukran syukran =)

                  …..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

1st aku nak bersyukur kepada yang maha esa. sbb da bagi aku peluang ke-2 untuk meneruskan hidup aku..
kalu aku xdpt keje ni aku xtau la nak buat ape .. tp skrunk aku da dpt dan aku byk2 berterima kaseh =)..
ribuan trima kasih jugak pada kak yana sbb die byk tlg aku .. terima kasih kak .. betol ckp akak .. " kadang-kadang allah sembunyikan matahari, lalu kite tertanye2 kemane hilang nye matahari.. rupa-rupa nya DIA kurnia kan kite pelangi ! " dan pelangi itu adalah kamu kak =). walau pun pelangi tak secerah mentari. namun bagi ku cukop sempurna...

beberape hari lepas. aku terserempak dgn kawan-kawan aku ketika aku sedang menunggu bas.. lalu dorg ajak aku melalukan pekara dulu.. iaitu " MINUM ARAK " . tp .. semangat untuk aku follow dorg cukop tipis .. kerana aku sudah mamahat di dada aku ape erti kehidupan. dan dalam catatan tersebut . tiada pun kaitan dgn arak .. pstu bile aku pegi cc.. aku mencari artikel tentang arak. dan aku terjumpe artikel ini dibawah !



                                        Ruginya Orang Yang Minum Arak

Abul Laits mengatakan, “ Jauhilah minum arak, kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:



1- Apabila seseorang itu minum arak maka kedudukannya seperti orang gila, akhirnya di menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang yang berakal.

2- Arak itu boleh menyebabkan hilang dan menyebabkan musnahnya wang ringgit.

3- Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.

4- Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah S.W.T. dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.

5- Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin denggan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.

6- Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat, orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.

7- Minum arak boleh menyakiti keluarganya dan teman-temannyan kerana mengiringi ketempat fasik.

8- Orang yang minum arak wajib dihad, di hukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia dia akan di pukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.

9- Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.

10- Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.

Kesemua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati setelah itu dia akan menghadapi pula siksa akhirat nanti.

Dari Abu Umamah dari Nabi S.A.W bersabda, " Tiga jenis orang yang tidak akan masuk syurga :
1.   Peminum Arak
2.   Orang yang memutuskan tali silaturrahim
3.   Orang yang mempercayai ahli sihir.

Barangsiapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah S.W.T dari air Sungai Ghutha, iaitu sebuah sungai yang mengalir dari faraj kemaluan wanita pelacur.  Sungai itu yang menyebabkan bertambah deritanya penghuni neraka kerana baunya yang cukup busuk."

Siti Aisah R.A. berkata, Rasulullah telah bersabda:
“Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.


Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”

Wallahua’lam..

Panglima7
Jauhilah meminum arak...walaupun ingin mencuba rasanya walaupun sedikit tanpa mabuk.  Kerana dengan meminum arak...ia telah memohon Allah menyiksanya di akhirat kelak. Bertaubatlah pada sesiapa yang telah meminum arak.  Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Facebook
Yahoo
Feed

Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?




…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejukhingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” ..
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
Facebook
Yahoo
Feed

Alasan Awek bila suruh bertudung....





…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alasan apabila disuruh TUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?  Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu.  Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?     -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.    


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
          

 -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
 -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
  

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.  -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.



“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu  juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”   

Ribuan terima kasih kepada :  waleedahyaya.blogspot.com  -
Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
Facebook
Yahoo
Feed

Apa itu Suka, Sayang dan Cinta?


…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
menyukai, menyayangi dan mencintai? tak sama kan? kalau orang tu cakap dia suka kita, tak semestinya dia sayang dan cinta kita, kan? tapi kalau dia cakap dia cinta kita, maknanya dia sayang dan suka la eh? camtu? jom kita hayati each word of menyukai, menyayangi dan mencintai.. pendapat saya la..
bila kamu menyukai seseorang, kamu akan rasa ingin memiliki untuk keegoan kamu sendiri.
bila kamu menyayangi seseorang, kamu akan rasa ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk diriimu sendiri.
bila kamu mencintai seseorang, kamu akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwa kamu.

Suka adalah pada saat dia menangis, kamu akan berkata, “sudahlah, jangan menangis”
Sayang adalah pada saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
Cinta adalah pada saat dia menangis, kamu akan membiarkannya menangis dipangkuan kamu sambil berkata, “mari kita selesaikan masalah ini bersama”
Suka adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “tampannya/cantiknya kamu”.
Sayang adalah saat kamu melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
Cinta adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”.
di saat orang yang kamu suka menyakitimu, kamu akan marah dan tidak mahu berbicara dengannya.
di saat orang yang kamu sayang menyakitimu, kamu akan menangis.
di saat orang yang kamu cintai menyakitimu, kamu akan berkata, “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.
di saat kamu suka padanya, kamu akan memaksanya untuk menyukaimu.
di saat kamu sayang padanya, kamu akan membiarkannya memilih.
di saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah kamu akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
Sayang adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.

Suka adalah hal yang menuntut
,

Sayang adalah hal yang memberi dan menerima


 
Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
Facebook
Yahoo
Feed

Update..Update..Update ! ! !

assalamualaikum w.b.t... 1st skali aku nak mengeluh pasal hidup ! adoii .. knape la susah sgt idop nih ? aku rase aku da buat ape yang patut.. aku nak berubah !! berubah !! berubahh !! betukar !! alamak @@" jadi masked rider pulak .. haha .. mengom .. serius ! aku nak tak byk mase nak update nih.. nnti aku da keje a&w ! hermm .. sesape yg duk pekan, pahang tuh bleh la jenguk aku kat situ... smangat aku semakin berkobar kobar bile orang yg baru aku kenal 3 ari nih ajak aku duduk dgn die dan ajak aku blajar sekali dgn die bile aku stat keje kt pekan nnti .. aku arap aku xkn susah kan die .. mekaseh abg .. kat sane nnti aku nekad nak keje sambil blajar dgn die ! hehe .. arap xde yang membantah @@" brani ke ? xD .
pstu cite sal umah aku tuh .. skrunk dah okey sikit .. kakak aku da tlg bayar kan da .. cume tinggal rm6oo je lagi ... ma ! tggu la acik keje nnti ! acik bayar kan >.<" i swear ! I SWEAR !!! hehe .. yg rm3oo tuh kak lin da tlg bayar kan .. mekaseh skali ag kak xD . mana ada kelakar time aku ngn mama pegi bayar duit umah tuh .. cm nih cite die .. korang bayangkan ~

Facebook
Yahoo
Feed

lelaki. wanita..dan pondok..


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa...lengang, sepi!

Facebook
Yahoo
Feed

cerita y di ambil dari blog rakan kita dari unisza... baca laa kalau rasa syg kat pakwe2 makwe2 die...hehehe..

ONE IN THREE

sume harapan n impian aku musnah..
aku meneruskan life aku sbgai sorang student..
tapi aku sunyi..dia ambik 2thn life aku..
n now aku dah x pk boy..kapel jaoh skali..
pengalaman lepas bnyak mngajar aku..dia ada sms aku selepas beberapa hari aku balik dari utm..
dia mntak maaf n mntak aku lupa dia..sengal..ingat mudah ke??dia xde prasaan ke??
dia nak aku mula kan hidup baru n wish gud luck utk aku..
sakit hati aku dgn sms tu..
aku cuma reply thanx a lot n mntak jgn ganggu aku lg..aku gak wish dia bahagia dgn tunang dia..
lepas tu dah xde berita dari dia..

Facebook
Yahoo
Feed